Rabu, 04 Juni 2014

MARI BELAJAR MENULIS TULISAN BUGIS
Tulisan Bugis tradisional tidak mempunyai tanda konsonan. Sebab itu amat sukar membacanya kalau tidak melihat kepada ayat keselurhannya. Apabila membaca satu perkataan saja boleh mengelirukan kerana ia boleh dibunyikan dengan pelbagai bunyi. 
Ini adalah kelemahan besar pada tulisan Bugis Tradisional tetapi ia juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sebab itu masih ada segolongan manusia terutama golongan lama yang masih mempertahankan tulisan tradisional. 
Namun ramai sarjana bahasa bugis sudah mencipta tanda konsonan untuk mengatasi kelemahan tulisan ini supaya pembaca mampu memahami semua perkataan bugis tanpa perlu melihat kepada keseluruhan ayat. Ada pelbagai tanda yang digunakan. Ada yang menggunakan tanda bulat diatas huruf dan ada guna apostropi didepan huruf dan sebagainya.
Di BMBB kami mengajar anda menulis kedua-dua tulisan supaya anda memahami yang tradisional dan juga yang moden.











Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

Design By:
SkinCorner